Konsep The Masked Singer Malaysia Reunion

Sama konsep dan format dari siri The Masked Singer Malaysia sebelum ini, tetapi juri tidak akan meneka selebriti yang telah menyertai TMSMY sebelum ini. Juri akan meneka siapa disebalik topeng artis jemputan sahaja yang menyertai acara tersebut. Seperti, mereka akan berpakaian baju melayu (Lelaki) atau baju kurung (Perempuan/Wanita), bersarung tangan dan rupa topeng secara rawak. Juri akan meneka mereka sehingga penghujung rancangan. Manakala, alumni-alumni TMSMY 1 atau 2 hanya menghiburkan juri dan penonton setelah sekian lama berjumpa untuk bersama-sama menyambut Aidilfitri ketika itu.